Sunday, August 25, 2013

Dropship...

Hari ini aku diperkenalkan dengan perkataan 'dropship'... Apa benda la binatang ni...? Aku dapat info ni daripada member aku, yang member dia ada buat 'dropship' ni. Dan aku difahamkan member kepada member aku tu dapat jana income dalam 2k sebulan. Hmm...agak lumayan juga, yelah member ni pun buat part time je, tak ke lumayan tu. 

Kalau bab-bab bisnes ni aku memang minat. Hmm... Sekarang ni tengah cari-cari info berkenaan dropship ni... Kalau ada further info pasal dropship ni, nanti aku ceritakan, okay! See u soon! 

Thursday, August 22, 2013

Jantung Bateri...

Balik kampung hari tu, aku asyik mendengar perkataan 'jantung bateri', sebab makcik aku baru pasang 'jantung bateri'. Aku agak pelik, apa benda la 'jantung bateri' ni. Aku tanya la makcik aku tu macamana benda tu, dia kata jantung dia dah kena pasang bateri yang dah tertanam didalam dada...huhu. Sebelum ni aku dapat tahu yang bekas mantan PM kita iaitu Tun Dr. Mahathir pun dah pasang 'jantung bateri' ni. Aku berfikir seorang diri, bagaimanalah agaknya bateri tu? Adakah macam sekecil bateri jam tangan atau pun macam bateri jam dinding saiz AA atau AAA... Bateri tu logam jenis apa.., besi ke platinum ke... Hmm...

So aku buat la research...ceh research lah konon! Tanya je Encik Google, jadi ini la rupa bentuk 'jantung bateri' itu...


'Jantung bateri' atau Perentak Jantung Buatan, dalam bahasa inggeris Pacemaker, adalah salah satu daripada device atau peranti dalam bidang perubatan yang menggunakan denyutan elektrik. Denyutan elektrik ini dihantar oleh elektrod yang bersentuhan dengan otot jantung. Fungsinya adalah untuk mengawal degupan jantung
Sebenarnya, fungsi utama perentak adalah untuk mengekalkan nadi jantung yang mencukupi, sama ada disebabkan ketidaklajuan perentak jantung semulajadi atau terdapat penghalang pada system perjalanan elektrik yang terdapat pada jantung. Kini perentak boleh diprogramkan secara luaran hasil daripada teknologi yang semakin pesat membangun. 
Material yang digunakan untuk membuat perentak jantung mestilah material yang lengai dari segi farmakologi, tidak mempunyai bahan toksik, boleh dibersihkan, dan mampu berfungsi di dalam badan manusia. Terdapat pelbagai bahagian pada perentak jantung yang diperbuat daripada material yang bioserasi seperti mikroelektronik dan plumbum. Biasanya perumah diperbuat daripada titanium atau aloi titanium. Plumbumnya juga diperbuat daripada aloi logam tetapi ditebat dengan menggunakan polimer seperti polyurethane. Hanya hujung logam plumbum sahaja yang terdedah atau terbuka. Pelitarannya pula biasanya diperbuat daripada semikonduktor silicon yang telah diubahsuai.

Ha... Ni la info pasal perentak jantung atau 'jantung bateri' ni... Info ni copy and paste daripada wikipedia...hehe... 

Ni lagi gambar...

I

Inilah serba sedikit info mengenai 'jantung bateri' ni... Amacam excited tak baca info ni? 



Tuesday, August 20, 2013

Bersyukur

First entry aku dengan tajuk 'bersyukur'... Iya, aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik dan masih diberikan kesempatan menghirup udara diatas muka bumi ini...

"Dan Allah akan memberi balasan dan menambah nikmat-Nya kepada orang-orang yang bersyukur."
                                                                                                                                Surat Ali Imran: 144


Monday, August 19, 2013

Lahirnya sebuah blog...

19/08/2013;9:19PM...inilah tarikh dan masa blog ini dilahirkan. Blog ini kucipta untuk dapat menyampaikan segala pengetahuan yang aku rasa berguna untuk dikongsikan. Nantikan post aku yang pertama nanti!