Thursday, August 22, 2013

Jantung Bateri...

Balik kampung hari tu, aku asyik mendengar perkataan 'jantung bateri', sebab makcik aku baru pasang 'jantung bateri'. Aku agak pelik, apa benda la 'jantung bateri' ni. Aku tanya la makcik aku tu macamana benda tu, dia kata jantung dia dah kena pasang bateri yang dah tertanam didalam dada...huhu. Sebelum ni aku dapat tahu yang bekas mantan PM kita iaitu Tun Dr. Mahathir pun dah pasang 'jantung bateri' ni. Aku berfikir seorang diri, bagaimanalah agaknya bateri tu? Adakah macam sekecil bateri jam tangan atau pun macam bateri jam dinding saiz AA atau AAA... Bateri tu logam jenis apa.., besi ke platinum ke... Hmm...

So aku buat la research...ceh research lah konon! Tanya je Encik Google, jadi ini la rupa bentuk 'jantung bateri' itu...


'Jantung bateri' atau Perentak Jantung Buatan, dalam bahasa inggeris Pacemaker, adalah salah satu daripada device atau peranti dalam bidang perubatan yang menggunakan denyutan elektrik. Denyutan elektrik ini dihantar oleh elektrod yang bersentuhan dengan otot jantung. Fungsinya adalah untuk mengawal degupan jantung
Sebenarnya, fungsi utama perentak adalah untuk mengekalkan nadi jantung yang mencukupi, sama ada disebabkan ketidaklajuan perentak jantung semulajadi atau terdapat penghalang pada system perjalanan elektrik yang terdapat pada jantung. Kini perentak boleh diprogramkan secara luaran hasil daripada teknologi yang semakin pesat membangun. 
Material yang digunakan untuk membuat perentak jantung mestilah material yang lengai dari segi farmakologi, tidak mempunyai bahan toksik, boleh dibersihkan, dan mampu berfungsi di dalam badan manusia. Terdapat pelbagai bahagian pada perentak jantung yang diperbuat daripada material yang bioserasi seperti mikroelektronik dan plumbum. Biasanya perumah diperbuat daripada titanium atau aloi titanium. Plumbumnya juga diperbuat daripada aloi logam tetapi ditebat dengan menggunakan polimer seperti polyurethane. Hanya hujung logam plumbum sahaja yang terdedah atau terbuka. Pelitarannya pula biasanya diperbuat daripada semikonduktor silicon yang telah diubahsuai.

Ha... Ni la info pasal perentak jantung atau 'jantung bateri' ni... Info ni copy and paste daripada wikipedia...hehe... 

Ni lagi gambar...

I

Inilah serba sedikit info mengenai 'jantung bateri' ni... Amacam excited tak baca info ni? 



8 comments: